BanjirSemasa

60 buah kampung di Sabah dinaiki air

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

KOTA KINABALU : Sebanyak 60 buah kampung di dua daerah di negeri Sabah membabitkan 45 kampung di Beaufort dan 15 kampung di Membakut berdepan dengan hujan tanpa henti sehingga banjir lebih 48 jam sejak petang Selasa lalu.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Beaufort dalam satu  kenyaytaan, sebuah pusat pemindahan mangsa banjir telah dibuka iaitu di Dewan DSP Mohd Dun Banir, bagaimanapun, setakat ini tiada penduduk yang dipindahkan.

Keadaan terkini di Kampung Baitam Baru. Sumber : Facebook

“Hujan lebat berterusan di Beaufort dan Tenom menyebabkan kenaikan paras air Sungai Padas di dua daerah tersebut dan hujan yang turun pada petang semalam terutama di kawasan Ulu Membakut menyebabkan kenaikan paras air di Sungai Membakut.

“Dua pintu Empangan Hidro Pangi terpaksa dibuka bagi mengurangkan kuantiti air di empangan itu menyebabkan peningkatan air Sungai Padas ke paras bahaya dan dengan peningkatan itu, Pusat Kawalan Operasi Bencana telah diaktifkan semalam,” katanya.

Mengulas lanjut, antara kampung yang terjejas di Beaufort ialah Binunuk, Balibata, Simpang Empat, Bakalau, Sungkadan, Melalugus, Batandok Lubak, Melati dan Lumatai manakala antara kampung terjejas di Membakut ialah Kampung Bambangan, Sinoko, Sindok, Baitam Ulu, Baitam Laut dan Baitam Baru.

Dilaporkan, 59 jalan di daerah tersebut terjejas antaranya Jalan Kampung Binunuk, Jalan Pekan Lama Membakut, Jalan Kampung Baitam Baru, Jalan Kampung Suasa dan Jalan Kampung Kangsa.

Sementara itu, 11 sekolah turut terjejas termasuk tiga sekolah di daerah Membakut iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Bambangan, Sekolah Kebangsaan Sinoko dan Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut.

Nurshazlin Shahrom

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Related Articles

Back to top button