DuniaSemasa

Tiga wanita dan dua kanak-kanak diselamatkan dari runtuhan di Turkiye

KAHRAMANMARAS : Tiga wanita dan dua kanak-kanak telah diselamatkan dari runtuhan di bandar selatan Kahramanmaras serta bandar Antakya pada hari Rabu.

Anggota penyelamat berpelukan gembira ketika seorang wanita berusia 74 tahun dan wanita berusia 46 tahun telah diselamatkan di bandar yang sama, berhampiran dengan pusat gempa itu.

Kemudian pada hari Rabu seorang wanita bernama Ela dan anak-anaknya Meysam dan Ali telah ditarik dari runtuhan blok apartmen di Antakya, 228 jam selepas gempa bumi, lapor agensi berita Anadolu milik kerajaan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada hari Rabu, ia amat prihatin dengan kebajikan penduduk di barat laut Syria, wilayah yang dikuasai penentang yang mempunyai sedikit akses kepada bantuan. Mereka meminta Presiden Syria, Bashar al-Assad untuk membuka lebih banyak titik lintasan sempadan dengan Turkiye bagi membolehkan bantuan disalurkan.

Jumlah kematian di Turkiye dan Syria telah meningkat kepada lebih 41,000, dan berjuta-juta memerlukan bantuan kemanusiaan. Ramai yang terselamat telah kehilangan tempat tinggal dalam suhu musim sejuk yang hampir membeku.

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button