CHERAS : Sudah dua hari penuh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bertungkus lumus menjalankan Misi SOS Banjir Lembah Klang bagi membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar negeri Selangor.
Sebanyak 20 buah trak pikap MAPIM Rangers diketuai Tuan Khairul Badri, digerakkan bagi membawa 100 kotak bantuan makanan untuk disalurkan kepada penduduk sekitar Hulu Langat dan Taman Sri Muda, Shah Alam.
Banjir yang berlaku akibat luruan monsun ke Semenanjung Malaysia & julung-julung kalinya banjir di Selangor ini telah mengakibatkan ribuan penduduk berdepan kesukaran mendapatkan bekalan makanan dan juga tempat berlindung.
Ada yang tersadai di atas bumbung rumah lebih 48 jam, menunggu pihak pasukan keselamatan menyelamatkan mereka.
Ribuan aduan juga diterima meminta keluarga masing-masing untuk diselamatkan.
Berdasarkan maklumat daripada wakil jurucakap MAPIM Malaysia merangkap Pengurus Merhaba Store, Tuan Hidayat Abdullah, kini MAPIM Malaysia menyerahkan kotak bantuan makanan kepada pegawai bertugas di Surau At Taqwa, Taman Wangsa Cheras.
Tinjauan Ummah Today mendapati paras air di Taman Wangsa Cheras mula surut dan gerak kerja MAPIM Malaysia memberi bantuan akan terus dipergiat ke Taman Sri Muda, Shah Alam.
“Alhamdulilah, air di kawasan Hulu Langat ini kelihatan agak surut sedikit berbanding semalam. Kini MAPIM Malaysia menyerahkan kotak bantuan di Surau At Taqwa untuk diagihkan pada hari esok.
“Selepas ini, kami akan terus bergegas ke Taman Sri Muda, Shah Alam yang dikatakan air masih berada pada paras bahaya dan ramai yang terkandas di atas bumbung rumah.
“Kami sedaya upaya untuk menyalurkan pek makanan panas beserta air mineral untuk diberikan kepada mangsa banjir dengan menaiki bot yang telah disediakan.” kata Tuan Hidayat ketika dihubungi Ummah Today.
MAPIM Malaysia menyalurkan sebanyak 100 buah kotak bantuan makanan berserta 100 pek makanan panas atau ‘hotmeal’ berupa nasi putih, ayam buttermilk dan 200 botol air minuman lima liter.
Dilaporkan, kira-kira 20 keluarga mangsa banjir di Sri Muda, Shah Alam telah terputus hubungan dan kini sukarelawan MAPIM Malaysia berusaha untuk menggunakan bot atau perahu untuk sampai kepada mereka.
Misi Bantuan SOS Banjir Lembah Klang ini turut disertai selebriti tanah air yang juga aktivis MAPIM Malaysia, Heliza Helmi bersama ibunda tercinta Puan Latifah Muhammad demi melunaskan tanggungjawab sebagai ummah.
“Kini kami MAPIM Malaysia berada di Surau At Taqwa, Taman Wangsa Cheras, di sini kita menempatkan bekalan makanan dan air minuman.
“Kepada anda yang memerlukan, boleh datang ke surau ini bagi mengambil kotak bantuan untuk menampung sedikit sebanyak bekalan untuk beberapa hari.” ujar Heliza.
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038