Semasa

Permohonan tangguh bayaran balik PTPTN dibuka esok

KUALA LUMPUR : Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terkesan dengan bencana banjir boleh mengemukakan permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman mulai esok sehingga 31 Mac 2022.

PTPTN dalam satu kenyataan memaklumkan permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi PTPTN di (www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalikBanjir) atau hadir ke mana-mana Cawangna PTPTN yang berhampiran.

Tiada sebanang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan penangguhan.

“Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat bencana banjir ini akan diberikan untuk tempoh tiga bulan bermula pada bulan yang sama kelulusan permohonan diberikan PTPTN dan dua bulan ke hadapan di antara Disember 2021 hingga Mei 2022.

“Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan,” menurutnya kenyataan itu.

Dalam pada itu, peminjam juga diingatkan untuk mengemaskini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat kelulusan permohonan penangguhan tersebut dapat disampaikan kepada mereka.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button