Semasa

“Tidak benar saya guna wang rakyat pesawat mewah ke Madinah”

Lawatan ke Arab Saudi ditaja Liga Dunia Islam

PUTRAJAYA 14 April : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri menafikan dakwaan salah guna wang rakyat dengan menaiki pesawat mewah ketika lawatan ke Arab Saudi seperti tular di media sosial.

Beliau berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali sebaliknya ia ditaja oleh Gabenor Madinah, Putera Faisal Salman Abdulaziz Al Saud.

“Baginda amat sukacita apabila mendapat tahu ada seorang Menteri dari Malaysia, berkelulusan Universiti Islam Madinah, telah datang ke Arab Saudi atas urusan negara. Atas sebab itulah jemputan Diraja dizahirkan beserta dengan pesawat berkenaan. Begitulah sebagaimana yang saya dimaklumkan,” – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) / Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri

Menerusi laman Facebooknya beliau menjelaskan ia adalah tanda penghormatan baginda,Kerajaan Arab Saudi dan pihak Liga Muslim Sedunia kepada Kerajaan Malaysia.

Menurut Datuk Seri Zulkifli lagi, beliau bersama delegasi Malaysia menaiki penerbangan SAUDIA Airlines dari Kuala Lumpur ke Riyadh, sama seperti penumpang lain.

“Bagi penerbangan dari Riyadh ke Madinah seperti dalam video tular tersebut, ia diuruskan sepenuhnya oleh Liga Muslim Sedunia, justeru, kenyataan bahawa saya bertindak menyalahgunakan wang rakyat untuk menaiki pesawat mewah sepanjang di sana adalah tidak benar,” – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) / Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sementara itu, Zulkifli berkata, beliau memaafkan tuduhan tersebut dan tidak menyimpannya di dalam hati.

-K! ONLINE

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan – Hafeez Anuar

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button