Covid19KesihatanSemasa

Kadar terkini kes COVID-19 kembali memuncak

Rentas negeri Aidilfitri dicadang tangguh

KUALA LUMPUR : Kes jangkitan COVID-19 pada hari ini mencatatkan kes tertinggi dalam tempoh  dua minggu  sebanyak 2,148   individu disahkan positif.

Kes jangkitan COVID-19 ini menunjukkan corak   jumlah jangkitan meningkat  dari hari ke hari sejak 2 April lalu.

Pada  Jumaat (9 April  2021) , kes jangkitan dilihat mula mendadak dengan jumlah 1,854. Walau bagaimanapun, statistik kes positif kembali menunjukkan ke paras sediakala  iaitu tidak melebihi 1,800 ke atas.

Namun, hari ini Malaysia kembali mencatat sejarah kes peningkatan COVID-19 kembali menginjak hampir 300 kes positif dalam tempoh sehari.

Negeri Sarawak merekodkan pertambahan kes positif tertinggi sebanyak 512,  diikuti  negeri Selangor (+459).

Berikutan rekod kes jangkitan COVID-19 yang kembali memuncak,  Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba, dalam kenyataan beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan masyarakat mencadangkan pihak kerajaan menangguhkan kebenaran rentas negeri bagi sambutan perayaan Aidilfitri akan datang.

KKM mencadangkan rentas negeri ditangguhkan. Ia berikutan terdapat varian baharu dalam komuniti dan program imunisasi masih diteruskan – Dr Adham Baba

 

Tambah beliau dalam sidang media pelancaran buku “Malaysia Health Sector Response To COVID-19 Pandemic – Perspective From The Field”, kes jangkitan COVID-19 kini di tahap membimbangkan berikutan varian baharu dikenal pasti sejak awal Mac lalu.

Sementara itu, Dr Adham Baba juga menyatakan mereka yang selesai menerima kedua-dua suntikan vaksin COVID-19   masih belum diberi pelepasan untuk merentas negeri sempena perayaan Aidilfitri sehingga mendapat keputusan  daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran – Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button