Covid19EkonomiSemasa

Tiada kata putus jemaah haji Malaysia setakat ini

Pelepasan akan dibincang dalam masa terdekat

KOTA BAHARU : Keputusan penghantaran jemaah haji pada tahun ini akan dibincangkan kerajaan dalam satu mesyuarat kabinet dalam waktu terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata pihaknya turut difahamkan sudah ada beberapa negara yang telah memutuskan tidak menghantar jemaah menunaikan haji pada tahun ini.

Jemaah haji 2020 (Foto oleh – / Kementerian Haji dan Umrah Saudi / AFP)

Tambah beliau masih tidak kata putus daripada kabinet dan menunggu keputusan kerana masa yang ada sudah semakin suntuk.

“Kerajaan telah membenarkan untuk melaksanakan haji dalam jumlah tertentu namun angka atau kuota masih tiada jawapan.” -Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary

Terdahulu beliau menghadiri penyerahan barangan keperluan makanan sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Kelantan yang diagihkan kepada penduduk Kampung Pauh Lima pada Sabtu (29 Mei)

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM – Hafiy Syazuan

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button