DomestikSemasa

TERIMA KASIH JKM kerana santuni keluarga 9 anak ini

MAPIM hargai bantuan susulan JKM ringankan beban keluarga asnaf itu.

JOHOR BAHRU: Nasib ibu tunggal sembilan anak yang pernah dibantu MAPIM Malaysia pada minggu lalu terus diberi perhatian apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil memberikan bantuan baru-baru ini.

JKM dalam satu kenyataan, berkata pejabat JKM daerah Johor Bahru telah menyantuni keluarga asnaf itu pada Jumaat minggu lalu.

“JKM telah menyantuni dan memberi khidmat nasihat serta sokongan sosial kepada penama pada 25 Jun lalu.

“Kami menyampaikan bakul makanan untuk menampung keperluan hariannya,” katanya.

Selain itu, JKM turut menyampaikan bantuan kanak-kanak berjumlah RM1,000 selama setahun bermula bulan ini hingga Jun 2022.

Mengulas lanjut, katanya, JKM turut menjalinkan koloborasi bersama agensi-agensi berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini Ummah Today menerbitkan sebuah artikel berhubung kehidupan ibu tunggal sembilan anak itu yang menetap di sebuah pondok berbumbungkan khemah kanvas.

Jabatan Agama Islam Johor dengan kerjasama MAPIM Malaysia telah menyampaikan bantuan kepada keluarga asnaf itu pada minggu lalu menerusi Misi Jelajah Peduli Ummah yang diketuai oleh Setiausaha Agung MAPIM, Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol.

Sementara itu, Zulhanis turut meluahkan penghargaan kepada pihak JKM atas bantuan susulan yang diberikan.

Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol, Setiausaha Agung MAPIM Malaysia

“MAPIM sangat berterima kasih atas bantuan JKM kepada keluarga Puan Juli. Pastinya, kami menyambut baik pertolongan dan sumbangan daripada semua pihak bagi bersama-sama menjalankan misi bantu ummah.”

 

Oleh Azzman Jamal

============================

MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA
#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.

ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button