DomestikSemasa

MAPIM Malaysia lancar Skuad 200 Riders

Sasar bantu ringankan beban 200 keluarga setiap hari

KAJANG: MAPIM Malaysia melancarkan Skuad 200 Riders untuk menyalurkan kotak bantuan terdesak setiap hari bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Ekskutif MAPIM Malaysia (CEO), Dr. Sani Araby Al Kahery, berkata menerusi inisiatif ini, pihaknya sasar untuk membantu 200 keluarga yang terkesan setiap hari selama 30 hari.

“MAPIM akan santuni 200 keluarga setiap hari selama 30 hari menerusi MAPIM Rangers. Sama ada asnaf yang berhubung dengan MAPIM mahupun yang kibar bendera putih.

“Kami sedang mencari 200 penunggang atau MAPIM Riders. Penyertaan diutamakan kepada penunggang Food Panda, Grab Food, Bungkusit di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Token harian juga disediakan sebagai satu inisiatif membantu secara serampang dua mata. Fasa kedua akan meliputi negeri lain yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, usaha itu adalah tambahan usaha penghantaran SOS yang dilakukan setiap hari di kebanyakkan negeri oleh aktivis MAPIM Malaysia selain khidmat ambulans percuma, rawatan percuma menerusi Klinik Mudah Alih Bas dua tingkat.

“Semua bantuan akan diuruskan bermula di Ummah Central Warehouse milik MAPIM Malaysia di Sepang, Selangor.”

Dr. Sani Araby Al Kahery, Ketua Pegawai Ekskutif MAPIM Malaysia (CEO)

“Kita sangat serius apabila membicarakan tentang membantu Ummah. Kita akan buat apa sahaja cara yang halal, asalkan mereka yang terdesak, yang tidak bernasib baik, terbela nasib mereka. Tetapi jangan salah faham, kami tidak mengatakan masalah mereka akan selesai dengan misi ini, tetapi kami akan berusaha meringankan beban mereka dengan bantuan kecil ini, insya-Allah. Namun, kami sedar, kami tidak mampu bergerak bersendirian. Atas perkara itu, kami mengharapkan sokongan semua, terutamanya para rider, rakyat Malaysia, dan semua pihak yang mempunyai aspirasi yang sama dengan kami. Ini bukan misi MAPIM semata-mata, ini adalah misi kita bersama.”

Dalam hal yang berkaitan, MAPIM Malaysia sudah mengaktifkan bantuan SOS harian. Iaitu dengan  mengedarkan bantuan kotak makanan setiap hari untuk yang memerlukan, memperluaskan lagi jangkauan perkhidmatan ambulan percuma, dan juga perkhidmatan rawatan kesihatan percuma dengan Ummah Mobile Clinic.

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 pada Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi hingga 6 petang atau Whatsapp 012-8002016

JOM JADI MAPIM RANGERS

Sila klik link dibawah ini untuk pendaftaran segera sebelum 2hb Julai 2021 (11am)

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfKWDZVarjXaF1hCDPJDFEOrLFFIWGRPxrBowobV3dBAD0DxQ/viewform

Oleh Azzman Jamal

============================

MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.

ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

 

Related Articles

Back to top button