DuniaKemanusiaanPalestin

Tentera rejim bawa lari pesakit dalam ambulans

Langgari nilai kemanusiaan

JERUSALEM: [VIDEO] Tentera Israel bertindak ganas menarik keluar seorang pesakit yang sudah pun berada di dalam sebuah ambulans.

Kejadian di Tebing Barat pada Khamis lalu itu, (26 Nov) terjadi selepas ambulans ditahan tentera rejim dan kemudian meluru membuka pintu ambulans.

Seorang tentera kemudian cuba memaksa seorang pemuda Palestin yang sedang diberi rawatan keluar dari dalam ambulans  milik Persatuan Bulan Sabit Merah.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dirakam akhbar Agensi Anadolu.

@AnadoluAgency

Pemuda Palestin itu adalah di antara rakyat Palestin yang tercedera dalam tunjuk perasaan menentang dasar penjajahan besar-besaran di Lembah Jordan.

Bernasib baik, paramedik mempertahankan pemuda itu, dan gagal dibawa oleh tentera rejim.

Ambulans lalu terus dipandu laju untuk membawa pesakit mendapatkan rawatan.

Serangan tentera Yahudi itu dikecam oleh Kementerian Kesihatan Palestin.

Ia merupakan kejadian kedua yang menyasarkan anggota perubatan dalam beberapa hari sejak Selasa kelmarin.

Menteri Kesihatan Palestin Mai Al-Kaila dalam satu kenyataan berkata, dunia melihat dalam video bagaimana tentera penjajah menyerbu ambulans dengan senjata, dan berusaha menangkap salah seorang yang cedera.

Protes terhadap rancangan pembinaan penempatan haram Yahudi di Lembah Jordan kerap berlaku selepas Israel terus melanggari ketetapan keluasan kawasan yang dibenarkan.

Kawasan Lembah Jordan Palestin berkeluasan 1.6 juta ekar.

Sekurang-kurangnya 13,000 penduduk haram Israel tinggal di 38 penempatan sementara.

Lebih daripada 65,000 orang penduduk Palestin tinggal di 34 komuniti di wilayah tersebut.

*Hak rakyat Palestin terus dinafikan, jangan lupa redakan kesengsaraan mereka.

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button