Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
RAMALLAH : Sebilangan rakyat Palestin mati lemas selepas terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera Israel di bandar Sinjil di utara Ramallah, menurut aktivis tempatan Ayed Ghafri.
Menurutnya, penduduk israel menyerang rakyat Palestin semasa mereka membajak tanah mereka yang ingin dirampas oleh israel.
Tentera israel dilaporkan turut serta dalam serangan itu dan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah petani, menyebabkan beberapa orang mati lemas.
“Keganasan mereka telah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Palestin. Pasukan keselamatan israel membenarkan tindakan ini, yang mengakibatkan rakyat Palestin terkorban, kecederaan dan kematian serta kerosakan kepada tanah dan harta benda. Dalam beberapa kes, mereka juga bertindak sebagai pengawal bersenjata, atau turut serta dalam serangan itu,” kata pusat maklumat hak asasi manusia israel di wilayah yang diduduki, B’Tselem.
“Siasatan, jika dibuka sekalipun, biasanya ditutup tanpa tindakan diambil terhadap pelaku sebagai sebahagian daripada dasar kelonggaran yang tidak diisytiharkan. Kesan jangka panjang daripada keganasan ini ialah pelucutan hak milik rakyat Palestin dari kawasan di Tebing Barat, menjadikannya lebih mudah untuk israel mengambil alih tanah dan sumber,” kata B’Tselem.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini