Semasa

Tiga maut kren terjatuh

Runtuhan struktur pembinaan Lebuhraya SUKE

PETALING JAYA – 22 Mac : Tiga pekerja projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) maut selepas struktur besi ‘Kren Launcher’ jatuh sebelum menghempap kawasan jalan raya itu.

Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Khairul Azmi Jaafar, berkata, seorang warganegara tempatan cedera parah apabila kereta yang dipandunya dihempap kren besi berkenaan.

“Kami menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 8.45 pagi dan seterusnya mengarahkan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Tun Razak dan BBP Hang Tuah ke lokasi kejadian,” – Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba / Mohd Khairul Azmi Jaafar

Sebaik sahaja pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, mereka dapati struktur besi ‘kren launcher’ pembinaan lebuh raya telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta.

Tambahnya lagi, kejadian itu melibatkan empat orang mangsa dengan seorang warga tempatan merupakan pemandu kereta berkenaan.

“Tiga orang mangsa merupakan pekerja projek pembinaan tersebut, di mana dua daripada mereka disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari ketinggian 120 kaki. Seorang mangsa lagi masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya dan kerja-kerja penyelamatan mangsa masih sedang dijalankan,” – Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba / Mohd Khairul Azmi Jaafar

– BH ONLINE

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan Hafeez Nor Hanif bin Anuar

Related Articles

Back to top button