PalestinSemasa

Tentera israel menahan sembilan warga Palestin di Tebing Barat

JENIN: Tentera israel menahan sembilan warga Palestin dari beberapa kawasan Tebing Barat yang dijajah, menurut sumber keselamatan dan Persatuan Tahanan Palestin (PPS).

Menurutnya, empat rakyat Palestin yang merupakan penduduk bandar Qabatiya, selatan bandar Jenin di utara Tebing Barat, telah ditangkap di kem tentera Salem, selatan bandar itu.

Kredit Foto Twitter Quds News Network

Tentera Israel menyerbu rumah Palestin hampir setiap hari di seluruh Tebing Barat dengan alasan mencari warga Palestin yang “dikehendaki” dan mencetuskan pertempuran dengan penduduk.

Menurut angka terbaru Addameer, Persatuan Sokongan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Palestin, kini terdapat 4,900 tahanan Palestin di penjara dan pusat tahanan israel, termasuk 155 kanak-kanak serta 32 banduan wanita.

Penangkapan besar-besaran rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Menurut laporan 2017 oleh Addameer, sejak 50 tahun lalu, lebih 800,000 rakyat Palestin telah dipenjarakan atau ditahan oleh israel.

Angka ini kini dipercayai hampir 1 juta. Ini bermakna kira-kira 40% lelaki dan kanak-kanak lelaki Palestin yang hidup di bawah pejajahan israel telah dirampas kebebasan mereka. Hampir setiap keluarga Palestin pernah mengalami pemenjaraan orang tersayang.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button