InspirasiKerohanianSemasa

“Alhamdulillah, ini salah satu detik paling membanggakan dalam hidup saya” – Sonny Bill Williams

Sonny Bill Williams lahir rasa syukur isteri kini sudah bertudung

LONDON : Peninju Profesional, Sonny Bill Williams meluahkan rasa syukur selepas isterinya, Ala Raffie telah mengambil keputusan untuk memakai tudung.

Sonny yang juga merupakan bekas pemain ragbi All Blacks berkongsi khabar gembira itu di laman Twitternya dengan memuat naik gambarnya bersama keluarga yang menunjukkan isterinya yang bertudung menutup aurat.

“Isteri saya kini seorang hijabi! Kebahagiaan seorang suami adalah apabila melihat isteri nekad untuk berubah menjadi seorang Muslim yang lebih baik.

“Alhamdullilah isteri saya mengambil keputusan untuk memakai tudung. Salah satu detik paling membanggakan dalam hidup saya,” menurut ciapan tersebut.

Menurutnya, apa yang istimewa ialah mengetahui bahawa isterinya telah melakukannya demi Allah S.W.T dan bukan orang lain. Beliau turut mendoakan semoga Yang Maha Tinggi sentiasa memberkati  dengan kesihatan yang baik, kepuasan dan kebahagiaan.

Dalam pada itu, rata-rata peminatnya turut membanjiri ruangan komen dengan memberikan kata-kata yang positif atas tindakan isterinya itu dan mendoakan agar kehidupan rumahtangganya akan lebih bahagia selepas ini.

Untuk rekod, Sonny telah memeluk Islam pada tahun 2008 ketika bermain untuk kelab ragbi di Perancis, Toulon sekaligus menjadi Muslim pertama yang bermain untuk All Blacks.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button