Kerohanian

Rakyat Malaysia baca 15 buku sahaja setahun

JAKIM perlu proaktif pupuk kesedaran membaca

PUTRAJAYA :  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) lebih proaktif membentuk kesedaran membaca dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Menurutnya, Bahagian Penerbitan Jakim juga perlu pantas bergerak seiring dengan perubahan masa.

“Buku-buku yang diterbitkan oleh Jakim perlu berperanan sebagai solusi kepada permasalahan ummah dan pada masa sama menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat.

“Insya-Allah, tahun hadapan adalah tahun perubahan,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Zulkifli berkata, kajian dilakukan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan rakyat Malaysia membaca 15 judul buku setahun.

Selain itu, beliau berkata, purata jumlah masa membaca bagi lima negara tertinggi buat masa ini ialah India sebanyak 10.42 jam; Thailand (9.24 jam); China (8 jam); Filipina (7.36 jam) dan Mesir (7.3 jam).

“Kita perlu melihat perkara itu sebagai satu cabaran kepada kita.”

“Reformasi industri buku ialah tanggungjawab bersama antara kerajaan dan pemain industri,” katanya.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button