PalestinSemasa

Sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin terbunuh dalam serbuan israel ke atas Nablus

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

NABLUS: Sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin terbunuh dan 19 cedera semasa pertempuran dengan tentera israel di bandar Nablus di Tebing Barat yang diduduki, kata pegawai Palestin.

Keganasan tercetus awal pagi Selasa selepas sejumlah besar tentera israel memasuki bandar Nablus dan dikesan oleh pasukan keselamatan Palestin serta pejuang bersenjata, menurut jurucakap pergerakan Fatah Palestin.

“Terdapat tiga maut dan 19 cedera, tiga daripadanya parah, akibat tembakan israel di Nablus”, kata Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan ringkas. Seorang daripada mereka yang terbunuh adalah tidak bersenjata, kata pegawai kesihatan dan keselamatan Palestin.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas sedang mengadakan “hubungan segera untuk menghentikan pencerobohan ini terhadap rakyat kita” di Nablus, kata jurucakapnya Nabil Abu Rudeineh dalam satu kenyataan.

“Kami telah melihat tentera israel menutup bandar itu kerana mereka mengatakan bahawa mereka berminat untuk menjejaki kumpulan yang menggelarkan dirinya sebagai Sarang Singa”, Ibrahim berkata, sambil menambah bahawa kumpulan itu baru-baru ini mengaku bertanggungjawab atas serangan tembakan yang membunuh seorang askar israel.

Tambahnya, jumlah korban yang dilaporkan dijangka meningkat kerana pertempuran berterusan.

Pada hari Ahad, kumpulan bersenjata Lions’ Den berkata bahawa salah seorang pejuangnya, Tamer al-Kilani, terbunuh apabila bahan letupan yang dipasang pada motosikal meletup di Kota Lama Nablus.

Kumpulan itu menyifatkan al-Kilani sebagai salah seorang “pejuang paling ganas” dan menyalahkan israel atas letupan yang membunuhnya ketika dia melewatinya.

Tentera israel enggan mengulas mengenai dakwaan bahawa ia berada di sebalik pembunuhan itu.

MASA UNTUK BERTINDAK!

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan.

Klik :

http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button