PalestinSemasa

Tentera israel menutup jalan belakang di selatan Nablus

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

NABLUS: Tentera israel menutup jalan belakang di bandar Huwara, selatan Nablus, menurut sumber tempatan pada petang Selasa. 

Menurutnya tentera menggunakan jentolak untuk menghalang semua jalan masuk yang menuju ke jalan utama bandar dengan timbunan tanah,dan  menghalang laluan kampung sepenuhnya dari kampung serta pekan sekitarnya.

Ini berlaku ketika pihak berkuasa terus mengenakan pengepungan ke atas Nablus selama lima belas hari berturut-turut. Perkara ini telah menjadikan kehidupan seharian di bandar Tebing Barat yang diduduki itu terhenti secara maya dengan kesan ekonomi yang memusnahkan penduduknya.

Tentera israel telah menutup kesemua lapan pusat pemeriksaan tentera di sekeliling untuk masuk dan keluar dari Nablus selama lima belas hari berturut-turut.Daerah itu yang menempatkan kira-kira 425,000 orang yang tinggal di empat kem pelarian, 55 kampung dan satu bandar, juga menyaksikan pembinaan berpuluh-puluh pusat pemeriksaan terbang dan menutup rangkaian laluan sampingan.

Tentera juga telah melakukan serbuan berskala besar pada waktu malam di bandar dan kampung-kampung di sekitarnya serta “berhenti dan mencari” pencerobohan dengan alasan untuk mencari warga Palestin yang “dikehendaki”. 

MASA UNTUK BERTINDAK!

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan.

Klik :

http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button