RamadanSemasa

Tarikh Aidilfitri di Malaysia, jangan ambil dari Tik tok atau Whatsapp – Fahmi Fadzil

SHAH ALAM: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengingatkan umat Islam di negara ini untuk hanya merujuk kepada sumber rasmi termasuk saluran televisyen tempatan bagi pengumuman tarikh 1 Syawal dan sambutan Aidilfitri.

Beliau berharap masyarakat di negara ini tidak mudah percaya atau termakan dengan sebarang sebaran yang dibuat di media sosial mengenai tarikh itu.

“Pengumuman kita yang terpakai hanya yang diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jangan kita ambil tarikh dari Indonesia atau Emiriah Arab Bersatu dalam TikTok atau WhatsApp… kita perlu rujuk saluran rasmi maklumat yang disampaikan itu”

“…yang penting, rujuk yang rasmi, tak pasti, jangan kongsi, itu peringatan saya kepada semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Gempak 2023 di Stadium Malawati pada Ahad.

Ahli falak menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanur Rukyah untuk mengesahkan penampakan anak bulan.

Ustaz Mohamad Faizal Jani, Pegawai Falak Jabatan Mufti Perak

Menurut Pegawai Falak Jabatan Mufti Perak, Ustaz Mohamad Faizal Jani, anak bulan tersebut hendaklah dihitung kedudukannya ketika matahari terbenam dan hendaklah berada di atas ufuk.

Laporan cerapan akan diserahkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku badan paling berautoriti untuk mengumpul kesemua laporan yang dibantu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menentukan keputusannya.

BACA JUGA
Hadiah Asyraf & Afifa untuk Malaysia sempena Nuzul Quran

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button