InspirasiSemasaSukan

Tahniah Lee Zii Jia!

Muncul juara kejohanan Seluruh England

KUALA LUMPUR – 22 Mac : Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia muncul sebagai juara Seluruh England selepas berjaya menewaskan juara bertahan dari Denmark, Viktor Axelson dalam perlawanan akhir yang berlangsung malam tadi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut merakamkan ucapan tahniah kepada Lee Zii Jia atas kemenangan itu menerusi laman Facebook beliau.

“Seluruh peminat sukan negara, khususnya badminton tentunya begitu teruja dengan kejayaan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia merangkul kejuaraan kejohanan badminton All England” – Perdana Menteri Malaysia / Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menurut Perdana Menteri, ia sekali gus dapat memberi suntikan motivasi kepada pemain muda negara berusia 23 tahun itu apabila ditewaskan oleh pemain sama di peringkat separuh akhir kejohanan ini pada tahun lalu.

Lee Zii Jia merangkul gelaran juara kejohanan badminton Seluruh England

“Perjalanan karier anda masih jauh. Tahniah juga kepada Persatuan Badminton Malaysia dan barisan jurulatih atas kemenangan ini. Syabas Lee Zii Jia! Anda wira kebanggaan negara,” – Perdana Menteri / Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perlawanan akhir kejohanan Seluruh England yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham itu menyaksikan persaingan sengit antara kedua-dua pemain berkenaan apabila permainan berlanjutan ke set penentuan.

Dengan kemenangan ini, ia berjaya menamatkan penantian empat tahun Malaysia selepas kali terakhir muncul juara menerusi Datuk Lee Chong Wei pada 2017.

– UTUSAN Online

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan Hafeez Nor Hanif bin Anuar.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button