Covid19Semasa

COVID 19 : 12,528 kes baharu

Malaysia kekal mencatatkan lima angka kes postif

PUTRAJAYA : Malaysia terus mencatatkan kes harian COVID-19 lima angka apabila 12,528 kes dilaporkan pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 905,851 kes.

Menurut beliau, Selangor hari ini mencatatkan 4,985 kes kes baharu, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,740 kes dan Negeri Sembilan 1,280 kes.

Kedah mencatatkan 701 kes manakala Sabah (647), Johor (625), Melaka (569), Perak (428), Pulau Pinang (396), Sarawak (388), Pahang (317), Kelantan (211) dan Terengganu 177

Selain itu, Putrajaya 41, Labuan (22) dan Perlis satu kes sahaja.

Oleh : A.Azfar

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button