SemasaSyria

Terkandas sebagai pelarian, khemah pula hangus dalam kebakaran

Sengketa di selatan Idlib memuncak, ramai tinggalkan rumah cari perlindungan

IDLIB :  [VIDEO] Bencana alam seperti musim sejuk melampau, banjir dan fenomena angin kencang adalah antara ujian getir yang dihadapi oleh penghuni khemah pelarian.

Selain terpaksa berhadapan bencana itu,  pelarian juga terpaksa berhadapan dengan kebakaran khemah yang terjadi akibat angin kencang dan kerana kecuaian penghuni sendiri. Itu semua adalah bencana besar untuk mereka, kerana khemah adalah satu-satunya tempat tinggal yang mereka ada.

Khemah yang lenyap sekelip mata ditelan api.- sumber @MarkCutts

Itulah yang terjadi kepada pasangan warga tua ini. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Pengorbanan pasangan warga tua yang meninggalkan kampung mereka di Ma’arrat al-Nu’man, di selatan Idlib, menjadi tidak berbaloi.

Semuanya bermula dengan pertempuran sengit antara pejuang pembebasan dengan tentera rejim Bashar di kawasan  mereka, yang memaksa pasangan itu menyelamatkan diri. Selama setahun mereka bergelar pelarian dalam negara, dan kini mereka diuji lagi dengan khemah yang terbakar.

Kebakaran minggu lalu, menjadi sejarah hitam kerana ia memusnahkan semua barangan milik mereka. Semuanya hangus. Pasangan tua itu tinggal bersama seorang anak perempuan yang mempunyai dua orang anak. Mereka kini menghadapi masa sukar dan menantikan khemah baharu.

Kesan kemusnahan dapat dilihat dalam paparan video ini. Keadaan semakin sayu apabila penghuni mencari barangan yang masih boleh digunakan sedangkan pada hakikatnya, sudah tidak ada barangan yang masih boleh berfungsi dengan baik.

Dalam hal yang berkaitan, di bahagian Selatan Idlib turut terjadi pertempuran sengit antara pejuang pembebasan dan tentera rejim. Ramai penduduk sudah pun meninggalkan kawasan itu. Timbalan Penyelaras Kemanusiaan Rantau Syria PBB, Mark Cutts menggesa semua pihak bertelagah  memastikan perlindungan ke atas orang awam diutamakan mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Tambahnya, kesengsaraan rakyat Syria ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Mereka menyelamatkan diri daripada konflik, namun kesukaran hidup di khemah pelarian juga menjadi ujian berat untuk mereka.  Kebakaran katanya sering berlaku sejak minggu lalu kerana tiupan angin kencang. Justeru itu, bantuan dan sokongan masyarakat dunia terus diperlukan demi memberi kehidupan lebih baik untuk pelarian Syria.

Kebakaran di khemah perlarian dalam negara di Idlib minggu lalu disebabkan angin kencang.

Mengulas perkara itu, (Dr.) Sani Araby Al Kahery, yang merupakan Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, yang juga menjadi Ketua Misi RescueSyria berkata,

(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia

“Inilah yang MAPIM Malaysia usahakan, penyelesaian jangka masa panjang. Konflik sudah berlaku 10 tahun, pelarian juga sudah tinggal di khemah dalam tempoh itu. MAPIM melihat, pelarian ini wajib upgrade, dari khemah usang ke rumah yang dibina dengan batu dan simen, dengan bumbung genting atau spandek. Rumah kekal ini bukan sahaja memastikan pelarian terhindar daripada risiko kebakaran, risiko musim sejuk, menjaga aib dan maruah penghuninya, ia juga memberikan suasana kondusif untuk anak-anak mereka belajar. Untuk itu, MAPIM perlukan sokongan semua rakyat Malaysia, kerana ini adalah kerja kita bersama, kerja Ummah kepada Ummah.”

Buat permulaan MAPIM Malaysia sudah merancang Malaysia Wakaf City yang berkeluasan 56 ekar. Sebanyak 218 rumah jenis apartment 4 tingkat dirancang dibina yang akan dihuni oleh para guru pelatih, sukarelawan daripada kalangan anak yatim. Mereka akan mengikuti latihan secara bersepadu di Malaysia Wakaf City ini.

Malaysia Wakaf City juga akan menempatkan institut latihan untuk imam dan para guru agama. Turut dibina adalah sekolah ke-40 yang akan menempatkan Institut Latihan Guru yang diharapkan menjadi kilang melatih guru di seluruh Azaaz dan pinggir Idlib

MAPIM Malaysia turut merancang Perkampungan Ummah MAPIM Malaysia yang mempunyai 1000 rumah bata bagi mengantikan khemah usang pelarian. Kosnya pula sangat murah, hanya dengan nilai RM6,000, penginfaq sudah mempunyai sebuah rumah di Syria yang diwakafkan kepada keluarga pelarian yang sangat terdesak. Kedua-dua projek ini dilaksanakan di Azaaz, Syria.

Sehingga kini pelarian Syria berjumlah enam juta orang. Menurut PBB, diaspora Syria kini berada di lebih empat buah negara. Turki antara negara yang menempatkan paling ramai pelarian  di sempadannya iaitu berjumlah lebih kurang 3.7 juta orang, diiikuti  Colombia, Pakistan, Uganda dan Jerman.

Penduduk selatan Idlib meninggalkan kawasan perumahan mereka menuju ke khemah pelarian berikutan serangan sengit di kawasan berkenaan kebelakangan ini.

**********

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas Syria kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut

– RM600 saham wakaf rumah pelarian

– RM500 bantuan ubat-ubatan

– RM250 bantuan food pack 1 bulan

– RM250 bantuan alat pemanas

– RM500 wakaf saham bina sekolah #40

– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM

____

2 CARA MENYUMBANG

KE DANA BANTUAN KECEMASAN

MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)

1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan  Menerusi Maybank

SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)

Akaun No : 562834636987

Related Articles

Back to top button