DuniaSemasa

2 maut dalam insiden helikopter terhempas di Thailand

BANGKOK :  Sebuah helikopter yang dinaiki seorang jurulatih penerbangan dan pelajarnya terhempas di wilayah Nakhon Sawan berhampiran Kem Tentera Chiraprawat, hari ini.

Menurut laporan saksi kejadian helikopter yang dinaiki dikatakan terbakar sebelum terhempas.

Merujuk The Bangkok Post, kos kerugian nahas helikopter tersebut menelan belanja sehingga 74 juta baht (RM9.37 juta).

Pusat latihan penerbangan tentera itu sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden kejadian.

Dilaporkan insiden sebegini merupakan kedua berlaku pada bulan ini melibatkan aset tentera.

 

Related Articles

Back to top button