PalestinSemasa

Serangan udara Israel bunuh enam sekeluarga di Gaza

Enam sekeluarga terbunuh dalam serangan jet pengebom israel ke atas Gaza, ketika pertempuran sengit berterusan sehari selepas serangan mengejut oleh Hamas ke atas Israel.

Pesawat pengebom israel mensasarkan rumah keluarga Shaban di kejiranan Al Nasr di barat bandar Gaza, membunuh ibu bapa dan empat anak mereka, menurut sumber tempatan pada Ahad.

Israel juga mensasarkan rumah, masjid dan pusat radio semasa serangannya ke atas Gaza, menurut pihak berkuasa Palestin.

Kementerian Dalam Negeri di Gaza berkata ramai orang awam terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang musnah.

Hamas melancarkan Operasi Taufan Al Aqsa pada hari Sabtu, berkata serangan itu sebagai tindak balas kepada penyerbuan Masjid Al Aqsa dan peningkatkan keganasan peneroka haram israel. Hamas berkata mereka menembak roket dan menawan ramai warga Israel.

Sebagai tindakan balas, tentera Israel memulakan Operasi Pedang Besi terhadap Hamas di Gaza. Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata “kami sedang berperang.”

Dia mengancam orang awam Palestin di Gaza untuk lari kerana tentera Israel akan mengubah “semua tempat persembunyian Hamas menjadi runtuhan.”

Rakyat Palestin di Gaza, bagaimanapun, tidak mempunyai tempat untuk pergi kerana seluruh wilayah disekat oleh Israel.

Sekurang-kurangnya 313 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 2,000 lagi cedera dalam serangan itu, menurut sumber perubatan di Gaza, manakala jumlah kematian israel meningkat kepada 600.

SUMBER: AA

 

Related Articles

Back to top button