Semasa

Arab Saudi umum Ramadan pertama pada hari Khamis

RIYADH: Arab Saudi, di mana terletaknya dua kota suci bagi umat Islam iaitu Makkah dan Madinah, telah mengumumkan bahawa bulan puasa Ramadan akan bermula pada hari Khamis.

Mahkamah Agung Arab Saudi memutuskan pada petang Selasa bahawa menurut kalendar Islam, bulan Syaban akan berakhir pada hari Rabu, bermakna Ramadan akan bermula pada hari berikutnya, lapor Agensi Akhbar rasmi Saudi.

Pihak berkuasa pada hari Selasa menyeru penduduk supaya melihat anak bulan yang menandakan permulaan Ramadan, namun ia tidak kelihatan, kata media kerajaan.

Jawatankuasa Penglihatan Bulan Sabit rasmi di negara jiran Qatar juga mengumumkan bahawa Khamis merupakan hari pertama Ramadan.

Lebih 1.9 bilion umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan suci ini, di mana umat Islam akan menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan.

Related Articles

Back to top button