Syawal semakin menjelma, MAPIM hadir bawa ceria
Penerima 41 kotak bantuan makanan lega nasib dibela
AMPANG: Di saat kita sedang bergembira membuat persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, ada saudara seagama kita yang sedang mengalami kesusahan dan kurang bernasib baik.
Bagi Hashim, kemalangan yang menimpa dirinya banyak menggangu dia untuk mencari rezeki. Insiden menyayat hati yang menimpa seorang tukang cat rumah ini turut mendukakan dirinya apabila dia cedera kaki dan jarinya. Malah akibat sudah jatuh ditimpa tangga Hashim juga mengalami masalah dari segi kewangan untuk menanggung kos rawatannya yang mencecah RM2,000.
Namun, perasaan sedih akhirnya bertukar menjadi gembira dengan kedatangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menghulurkan bantuan kepada mereka yang kekurangan dari segi bekalan makanan.
Hashim mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MAPIM kerana sudi melawatnya dan memberi sumbangan kotak makanan yang sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya.
MAPIM hari ini menyumbangkan sebanyak 41 kotak yang berisi makanan asas kepada kepada warga Rohingya di sekitar kawasan Ampang.
Hal ini selaras dengan objektif pihak MAPIM untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama ummah serta memberi peluang kepada semua golongan untuk merasai kemuliaan Ramadan dengan penuh keceriaan.
*Misi Ummah Bantu Ummah
MAPIM Malaysia
____________________
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
____________________
MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain.
Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com
atau
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar