KemanusiaanPalestinSemasa

Peluru tentera Israel menembusi belakang bahu dan pelvik Said

Remaja kedua maut di tangan pihak berkuasa Zionis tahun ini

RAMALLAH :  Seorang remaja Palestin berusia 16 tahun maut ditembak tentera Israel pada Rabu malam berhampiran bandar Nablus di utara Tebing Barat, menurut pegawai perubatan dan saksi kejadian.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata, mangsa ditembak ketika penunjuk perasaan dan tentera Israel bertempur di kampung Oudla, selatan Nablus, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pembela Kanak-kanak Antarabangsa Palestin (DCIP) berkata, Said Yousef Mohammad Odeh, 16 tahun dari Odala, sebuah perkampungan di selatan Nablus mati ditembak dengan peluru hidup berhampiran pintu masuk perkampungan itu.

Photo courtesy of the Odeh family
Pic: Izin keluarga Odeh

Tentera Israel dikatakan memerintahkan sebilangan tentera ke kawasan kebun zaitun. Tentera Israel menembaknya dan terkena di bahagian bahu belakang dan juga pelvik. Kedua-dua peluru menembusi badannya.

“Tentera Israel secara rutin membunuh kanak-kanak Palestin yang sepatutnya memiliki kekebalan untuk diapa-apakan. Mereka menggunakan senjata yang membawa maut ke atas kanak-kanak itu yang tidak membawa sebarang ancaman”, Ayed Abu Eqtaish,  Pengarah Program Akauntabiliti DCIP

Seorang lagi remaja Palestin cedera apabila Said cuba membantunya. Remaja itu dilaporkan stabil.

Menurut saksi kejadian yang memberitahu DCIP, sebuah ambulans yang mengambil Said ke hospital dikatkan dihalang selama 15 minit, namun ketika ambulans sampai Said sudah pun tidak bernyawa. Sampai di hospital Rafidia Said disahkan meninggal dunia.

Said adalah remaja kedua yang terbunuh di tangan Israel sehingga tahun ini. Pada 26 Januari lalu Israel menembak mati, Attallah Mohammad Harb Rayan apabila dia didakwa mahu menikam polis Israel di Persimpangan Hares yang terletak di antara Revava dan Barqan.

Tahun lalum Israel membunuh sembilan orang kanak-kanak di Tebing Barat, termasuk Timur Baitulmaqdis, dan Semenanjung Gaza. Enam daripadanya dibunuh dengan peluru hidup.

Middle East Monitor melaporkan  saksi kejadian berkata setiap hari berlaku tunjuk perasaan dan pertempuran di Nablus dan beberapa kampung di sekitarnya berikutan serangan tentera Israel ke atas kediaman penduduk Palestin.

Tentera Israel dikatakan sedang memburu lelaki Palestin yang melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan menyebabkan tiga warga Israel cedera, tiga hari lalu. Tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Related Articles

Back to top button