ISTANBUL: Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu berkata seorang wanita yang meninggalkan sebuah beg berisi bahan letupan di Istanbul pada Ahad telah ditahan, lapor TRT World.
Ini berikutan, satu kejadian letupan yang berlaku di laluan pejalan kaki di Istiklal Avenue, Istanbul pada petang Ahad semalam.
Soylu berkata bahawa “suspek kejadian itu telah ditahan.“
Siasatan awal mendapati Kurdistan Workers’ Party (PKK) dan tenteranya YPG, yang dikategorikan oleh Ankara sebagai organisasi pengganas merupakan dalang di sebalik kejadian, menurut Menteri Dalam Negeri berkenaan.
Menurut Presidennya, Recep Tayyip Erdogan, sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam kejadian itu.
Naib Presiden Turkiye Fuat Oktay pula menjelaskan, letupan pada Ahad itu turut mengakibatkan 81 orang cedera, 39 daripadanya hanya cedera ringan dan telah keluar dari hospital.
Bagaimanapun, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terkesan daripada kejadian berkenaan.
Menteri Kehakiman Turkiye, Bekir Bozdag berkata seorang wanita dilihat duduk di bangku di Istiklal, sebelum meninggalkan sebuah beg berisi bahan letupan pada petang berkenaan, disyaki suspek utama kejadian itu.
Bomb hits major #Istanbul avenue;
6 killed, dozens wounded#Turkish President #Erdogan calls blast a ‘treacherous attack’; vows to punish its perpetrators; five prosecutors assigned to probe the #explosion, news agency reported pic.twitter.com/zyUz8MYwWy— Clinton Dsouza (@_iamclinton_) November 14, 2022