DuniaKemanusiaanSyria

Kami terbakar `luar dan dalam’ – Syria

Kebakaran besar musnahkan penanaman zaitun, citrus

SYRIA : Belum pun selesai kisah tragis penduduk dan pelarian Syria disentak kejadian bom, musibah kebakaran besar pula melanda Syria juga jirannya, Lubnan.

Api marak membakar tanah yang luas di wilayah Latakia dan Tartus serta kawasan Homs di tengah Syria menyebabkan ramai yang terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Manakala mereka yang bergantung hidup dalam sektor pertanian adalah yang paling ramai terjejas.

Golongan petani dan pemilik tanah antara yang terjejas teruk, kerana mereka bergantung sara diri sepenuhnya dalam sektor pertanian.

Di media sosial, tersebar gambar-gambar pokok zaitun dan citrus yang musnah dalam api yang menjulang tinggi di ladang milik pekebun Syria di Latakia.

Kebakaran sejak Khamis lalu itu setakat ini mengorbankan tiga nyawa.

Menteri Dalam Negeri berkata kebakaran telah terkawal tetapi anggota bomba dalam usaha mendinginkan kawasan kebakaran bagi mengelak api marak kembali.

Cuaca panas dipercayai membantu api mudah marak di kawasan kering.

Anggota bomba juga telah berjaya memadamkan kebakaran di beberapa hektar tanah yang disifatkan mereka terbesar pernah berlaku di Latakia.

70 orang dikejarkan ke hospital kerana mengalami gangguan pernafasan disebabkan asap tebal daripada kebakaran.

Menteri Pertanian Syria, Hasan Qatana menyebut kawasan masih terbakar ialah 45 tompok kebakaran di Latakia, manakala di Tartus – 33 tompokan api.

Agensi Berita Sana berkata api turut memusnahkan banyak rumah kediaman di Banias, Tartus.

Penduduk kini berdepan tiada kediaman selepas diarah meninggalkan rumah mereka.

Kejadian ini menambah buruk ekonomi Syria sejak perang saudara memasuki 10 tahun ini, dengan bekalan minyak yang semakin meruncing.

Di Lubnan Ketua Operasi Pertahanan Awam Negara, George Abu Musa berkata berlaku  100 kejadian kebakaran sejak Khamis lalu.

Biarpun ada lokasi kebakaran yang berjaya dipadamkan, namun anggota bomba menghadapai kesukaran memadamkan api di wilayah pergunungan Chouf di selatan dan Akkaf di utara.

Punca kebakaran setakat ini tidak diketahui namun pihak berkuasa tidak menolak suhu tinggi dan keadaan angin kuat mempercepatkan lagi api merebak.

 

Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) Akaun No : 562834636987  Untuk sebarang pertanyaan & makluman lanjut boleh menghubungi pihak MAPIM Malaysia menerusi talian hotline 1300-888-038 (9am-6pm Isnin-Jumaat)atau whatapps ke 012-800-2016 atau menghantar email kepada admin@mapim.org

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button