Stesen LRT sesak, pengguna persoalkan keberkesanan SOP PKP 3.0
Kita jaga kita
Bangi : Pandemik covid-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan angka yang sangat membimbangkan. Bagi melandaikan kembali lekuk jangkitan covid-19, kerajaan Malaysia terpaksa mengumumkan PKP 3.0.
Antara strategi bagi memutuskan rangkaian jangkitan covid-19 adalah mengurangkan kesesakan di tempat awam, dengan mengehadkan kekerapan laluan tren dan bas pada waktu tertentu.
Namun SOP PKP 3.0 yang mengurangkan kekerapan perkhidmatan pengangkutan awam menimbulkan keresahan masyarakat. Ada yang mula mempersoalkan keberkesanan peraturan tersebut bagi mencegah penularan virus covid-19.
Ini kerana akibat pengurangan kekerapan laluan terutamanya perkhidmatan LRT membuatkan penumpang semakin ramai berkumpul di stesen, dan bersesak-sesak sehingga menyukarkan penjarakan sosial.
Melalui tinjauan ke akaun media sosial di Twitter, ramai pengguna yang memuat naik gambar kesesakan yang terjadi stesen LRT. Antaranya ialah pemilik akaun bernama njwznl.YL
Ramai yang berharap SOP ini dikaji semula bagi membolehkan PKP 3.0 menjadi PKP terakhir yang akan diharungi oleh rakyat Malaysia.
Kredit : https://twitter.com/nrjwznl