Covid19RohingyaSemasa

SOP PKPB diperketat, jangan pandang ringan pelitup muka!

Akan bincang dengan MKN

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mencadangkan supaya prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata langkah itu bertujuan mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti.

“Mesej KKM ialah duduk di rumah dan kalau terpaksa keluar, perlu mematuhi SOP dan KKM ingin mencadangkan supaya memperketat lagi PKPB dan membenarkan sektor ekonomi saja,” – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Terdahulu pada sidang media Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Dr ismail Sabri Yaakob orang ramai diingat tidak memandang ringan SOP COVID-19 terutama dari segi pemakaian pelitup muka .

Ini kerana katanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berkuat kuasa di seluruh negara.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata walaupun beberapa lokaliti dikenakan PKP Diperketatkan (PKPD) dan Bersyarat (PKPB), ini tidak bermakna kawasan lain bebas daripada undang-undang.

Katanya Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa selagi PKPP dilaksanakan di seluruh negara dan tindakan boleh diambil jika berlaku pelanggaran perintah.

“Walaupun kita isytiharkan PKPB dan PKPD di beberapa lokasi atau lokaliti, seluruh Malaysia masih lagi dalam PKP, tapi dalam keadaan yang agak longgar apabila kita memperkenalkan PKPP. Selagi PKP, sama ada Bersyarat, Diperketatkan atau Pemulihan, ia masih lagi tertakluk di bawah Akta 342.” – Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Dr ismail Sabri Yaakob

“Kesalahan yang disenaraikan di bawah akta tersebut boleh dikuatkuasakan dan tindakan undang-undang boleh dikenakan,” katanya pada sidang media secara maya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata undang-undang itu bukan hanya terpakai kepada individu yang ingkar tetapi juga premis perniagaan yang boleh dikenakan tindakan seperti dikompaun ataupun diarah tutup

— BERNAMA/BH

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button