Covid19DuniaPolitikSemasa

Arden menang besar, penggal ke-2 sebagai Perdana Menteri

Kejayaan kekang Covid-19, pimpinan mesra Islam pengaruhi sokongan

WELLINGTON: Kejayaan melawan COVID-19 adalah salah satu faktor Perdana Menteri Jacinda Arden meraih kemenangan besar pada pilihan raya umum New Zealand.

Kemenangan itu sekaligus melayakkan Arden memimpin negaranya bagi penggal ke-2.

Langkah kerajaan mengekang wabak itu membantu beliau memperoleh undi majoriti dan memberi kesempatan kepada beliau untuk melaksanakan agenda reformasinya.

Dengan dua pertiga undi dihitung, Parti Buruh yang diwakili Ardern memperoleh 49.2 peratus dan diramal akan menguasai kira-kira 64 kerusi di Parlimen 120 anggota.

Sejak New Zealand memperkenalkan sistem Pemungutan Suara Proporsional, MMP, pada tahun 1996, belum ada pemimpin yang mencapai majoriti mutlak  yang membawa kepada penggantian kerajaan pelbagai parti.

“Malam ini, New Zealand telah menunjukkan Parti Buruh telah menunjukkan sokongan yang besar dalam tempoh 50 tahun, saya menjanjikan kami akan menjadi parti yang diperitnah oleh semua warga New Zealand.” – Jacinda Ardern

Ardern memberi ucapan bersemangat sebaik diumumkan pemenang.

Walaupun jumlah undi belum muktamad, undi Ardern sudah cukup untuk pemimpin pembangkang, Judith Collins dari Parti Nasional Konservatif untuk mengaku kalah selepas menelefon Ardern.

Keputusan akhir akan diumumkan lagi tiga minggu selepas mendapat kiraan undi bagi warganegara yang berada di luar Auckland.

Jumlah itu nanti bakal mengubah peruntukan atau jumlah kedudukan kerusi di parlimen.

Sementar itu, pembangkang,  memenangi 26.8 % undi pada hari pembuangan undi semalam, iaitu hanya memiliki 35 kerusi di di dewan parlimen, dan keputusan terburuk dalam tempoh hampir 20 tahun

“Tahniah atas keputusan yang dicapai, ini adalah hasil yang luar biasa bagi Parti Buruh. Ini adalah kempen yang sukar,” kata Collins kepada penyokong yang bersorak di Auckland.

Pilihan raya New Zealand sepatutnya diadakan pada September lalu, namun disebabkan wabak Covid-19 ia ditunda ke hari semalam.

Prestasi Ardern mengalahkan tinjauan pendapat prapilihan raya dan meletakkan Parti Buruh di landasan paling kuat sejak 1946.

New Zealand mengadakan pilihan raya setiap tiga tahun.

Di bawah sistem,  pengundi diminta mengundi dua kali, untuk parti pilihan mereka bagi kawasan undi, atau kawasan pilihan raya, Parlimen.

Sesuatu parti perlu menerima lebih daripada lima peratus undian atau memenangi kerusi undi untuk ke parlimen walaupun ada jaminan daripada calon Maori.

Strategi Arden dengan mendekati rakyat menjadikan beliau mudah memperoleh undi, antaranya langkah berkesan menangani Covid-19 sehingga New Zealand menjadi negara awal bebas Covid-19 pada gelombang pertama.

Empathi beliau terhadap rakyat juga terutama bagi kaum asal Maori, dengan mengenakan pakaian kahu huruhuru ketika mengunjungi Ratu  Elizabeth II di London pada tahun 2018,

Pimpinan mesra Islam yang ditonjolkan Ardern pada tragedi masjid berdarah di Masjid Kilbirnie, juga membantu undian kepada Ardern.

Dengan memakai tudung Arden merapati keluarga mangsa tragedi sekaligus meminda undang-undang pemilikan senjata bagi rakyat New Zealand.

Arden menjadi Perdana Menteri pada tahun 2017 pada usia 37 tahun dan antara pemimpin wanita termuda dunia serta melahirkan anak ketika dalam pemerintahan.

Menanti beliau di hadapan Arden akan berdepan pelbagai persoalan seperti isu kemiskinan kanak-kanak, pasaran saham dan ketidakseimbangan pencapaian, juga perubahan iklim yang masih tertunda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button