DuniaSemasa

Sisa tinggalan bahan letupan di Syria ragut 19 nyawa sejak November

BEIRUT : Sisa bahan letupan yang ditinggalkan ketika perang di Syria telah menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh sejak awal November ini.

 

Menurut badan pemantau hak asasi, Observatorium Syria yang berpangkalan di Britain, 19 orang awam Syria termasuk lapan kanak-kanak dan tiga wanita terbunuh di wilayah Idlib, Aleppo, Quneitra, Daraa, Hama dan Homs.

Ribuan orang awam telah tercedera manakala ratusan yang lain maut akibat bahan letupan yang ditinggalkan di sepanjang jalan atau bangunan oleh semua pihak yang terlibat dalam konflik yang berlangung selama sedekad di Syria.

 

Syria mengatasi Afghanistan tahun lalu sebagai negara dengan jumlah korban tertinggi direkodkan akibat periuk api, jerangkap samar dan sisa letupan perang.

Pemantau Periuk Api berkata, 2,729 mangsa telah terbunuh atau cedera, sekaligus menjadikan negara Syria mencatatkan angka paling ramai mangsa buat kali pertama sejak laporan tahunannya bermula pada 1999.

 

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di seluruh Syria, satu daripada tiga penempatan berpenduduk dianggap tercemar oleh bahan letupan.

 

Perang Syria dianggarkan sudah membunuh hampir setengah juta orang dan jutaan yang lain kehilangan tempat tinggal sejak ia bermula dengan tindakan keras terhadap protes anti kerajaan pada 2011.

 

– AGENSI

 

Oleh Hafeez Anuar

 

================

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas Syria.

DUA CARA MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)

1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan  Menerusi Maybank SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)

Akaun No : 562834636987

Related Articles

Back to top button