Covid19Dunia

Turki laksana perintah berkurung penuh hujung minggu

Kes baharu meningkat

ANKARA : Turki mencatatkan hampir 1.75 juta kes jangkitan COVID-19 sejak pandemik itu dikesan, kata Kementerian Kesihatannya semalam.

Sebelum ini, ia hanya menyatakan jumlah yang jauh lebih rendah termasuk hanya pesakit yang memerlukan rawatan perubatan saja.

Kementerian Kesihatan sebelum ini hanya menyatakan angka pesakit COVID-19, tetapi bulan lalu memaparkan jumlah keseluruhan kes.

 

Persatuan Perubatan Turki memberi amaran bahawa jumlah kes harian lebih tinggi daripada angka dikeluarkan oleh kerajaan, iaitu rata-rata kira-kira 30,000 kes seminggu.

Kementerian kesihatan semalam menyatakan terdapat 1,748,567 kes sejak jangkitan pertama disahkan Mac lalu, melonjak dari 955,956 kes yang diumumkan sebelum itu.

Jumlah kematian harian juga mencapai paras tertinggi semalam iaitu seramai 220 orang, menjadikan jumlahnya meningkat kepada 15,751 kematian.

Sekolah juga ditutup sejak November, manakala restoran dan kafe hanya boleh menyediakan perkhidmatan bawa pulang.

Selain itu, tempoh berkurung juga dikenakan pada hari biasa antara jam 6 petang hingga 2 pagi tetapi kumpulan doktor dan pembangkang meminta langkah yang lebih ketat dilakukan.

Saluran televisyen Turki memaparkan rakaman dron di dataran empat segi dan jalanan yang kosong, di bandar Istanbul, Ankara dan Izmir.

Memetik Agensi Anadolu, Menteri Dalam Negeri, Suleymen Soylu berkata orang ramai mematuhi perintah berkurung yang dikenakan sejak 4 Disember lalu.

Turki kini berada di tangga keempat negara tertinggi di dunia dengan kes-kes baharu yang didahului Amerika Syarikat, India dan Brazil.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button