DuniaSemasa

Empat warga Palestin terbunuh dalam pertempuran Hamas-Israel

RAMALLAH : Empat warga Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya 5 cedera dalam pertempuran dengan rejim Israel di Tebing Barat yang dijajah.

Perkara ini dilaporkan oleh akhbar Haaretz dengan merujuk kepada Angkatan Pertahanan Israel (IDF).

Pasukan keselamatan Israel dilaporkan melakukan serbuan untuk menahan rakyat Palestin di 5 kawasan yang berlainan di Tebing Barat, khususnya di kampung Beit Anan di pinggiran Ramallah dan di perkampungan Burkin dan Kafr Dan di sebelah barat Jenin, di mana 4 orang Palestin terbunuh dalam pertembungan tersebut.

Dilaporkan juga bahawa Israel mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia hadapi kemungkinan serangan balas dari Semenanjung Gaza sebagai tindak balas terhadap kematian empat warga Palestin.

Mangsa yang terbunuh dipercayai adalah anggota pejuang Hamas.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Palestin belum memberikan komen mengenai maklumat tersebut.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

_________________________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button