DuniaSemasa

Setelah sebulan hilang, akhirnya kucing ini ditemukan semula dengan tuannya

BANGKOK: Seekor kucing bernama Moota yang hilang sejak lebih sebulan lalu akhirnya berjaya dijumpai di Bangkok yang terletak hampir 1,000 kilometer dari rumah tuannya di Hat Yai, wilayah Songkhla.

Penemuan kucing yang dilaporkan hilang di Bangkok itu didedahkan dalam laman Facebook ‘Traffic on the Si Rat – Outer Ring Road Expressway of Bangkok’ yang memuat naik gambar kucing berkenaan dalam keadaan sihat dan menaiki sebuah kenderaan.

Memetik laporan media antarabangsa, tuan kucing tersebut menghebahkan perkara itu menerusi media sosial bahawa kucingnya hilang sejak sebulan lalu.

Mengharapkan agar kucing itu dapat kembali berjumpa dengan pemiliknya, anggota polis trafik itu memuat naik gambar kucing tersebut ke dalam media sosial.

Beberapa hari kemudian, pemilik Moota, Baew Jiratsabok terbang ke Bangkok untuk mendapatkan semula kucingnya.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang prihatin dengan kehilangan kucing saya, Kini, Moota sudah kembali dan diharapkan ia ‘mempunyai pengalaman menarik’ sepanjang kehilangannya,” kata Baew.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button