DomestikInspirasiSemasa

Autisme bukan penghalang untuk mendalami ilmu agama

Bekas Menteri  di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bukanlah satu nama yang asing lagi, kebijaksanaan beliau dalam ilmu agama menjadi rujukan dan inspirasi dalam masyarakat pada masa kini.

Dalam penulisan beliau di dalam Facebook pada Ahad lalu, sejak tahun 2014 anakanda Aiman seorang pesakit autisme yang sangat meminati Dr. Zulkifli  semenjak memegang jawatan Mufti hinggalah dilantik sebagai Menteri.

Tambahnya lagi, Aiman sering memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat beliau menerusi kiriman surat.

“Bermula sejak saya menjawat jawatan Mufti hinggalah Menteri, beliau sentiasa mengutuskan surat memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat saya. Dulu rendah sahaja, sekarang sudah lebih tinggi dari saya,” katanya.

Dalam penulisan tersebut, ibunya menyatakan Aiman seorang pelajar yang cemerlang, rajin dan tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Tahajjud.

Tambahnya lagi, apabila ada masa lapang, Aiman akan menonton semua rakaman kuliah Dr. Zulkifli di Youtube.

Pada hari Ahad, Aiman meminta ibunya untuk membawanya ke Kuliah Dhuha Mingguan Dr. Zulkifli di Masjid Putra Nilai, dan ia merupakan hasrat Aiman yang teringin bertemu dengan beliau.

“Hari ini (Ahad lalu) Aiman minta ibunya bawakan beliau ke Kuliah Dhuha Mingguan saya di Masjid Putra Masjid Putra Nilai – Rasmi Teringin sangat nak bertemu saya katanya. Saya pun amat gembira dapat bertemu anakanda Aiman.” Katanya.

Jelas Dr. Zulkifli lagi, setiap penulisan Aiman menjelaskan apa yang terbuku di hatinya, apabila membaca suratnya, membuatkan beliau amat terharu dan sebak.

Aiman juga turut meminta Dr. Zulkifi mendoakan beliau segara sembuh daripada penyakit yang dihadapinya dan dalam waktu terdekat beliau bakal menjalani pembedahan.

Sebelum mengakhiri penulisan, Dr. Zulkifli menyeru semua warganet untuk turut bersama-sama mendoakan kesihatan dan pembedahan Aiman berjalan dengan lancar.

“Saya ingin menyeru semua warganet untuk sama-sama kita mendoakan pembedahannya berjalan lancar dan anakanda Aiman sembuh seperti sediakala.” Katanya di Facebook.

 

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button