Dunia

Serangan bom tangan di Myanmar ragut 2 nyawa, 38 lagi cedera

YANGON : Kejadian serangan bom tangan yang berlaku dalam perhimpunan pro-tentera di bandar Tachileik, di timur Myanmar telah mengorbankan dua nyawa manakala 38 lagi cedera.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang pegawai keselamatan ketika protes anti-rampasan kuasa diadakan di seluruh negara semalam, genap setahun sejak junta tentera mengambil alih kuasa di Myanmar.

Menurut pegawai keselamatan, serangan itu berlaku ketika protes mogok senyap dan bertepuk tangan sebagai bantahan, yang mengingkari arahan junta sebagai menyambut ulang tahun rampasan kuasa.

Penduduk di Yangon dan bandar Mandalay bertepuk tangan secara beramai-ramai pada pukul 4 petang, menurut wartawan AFP dan penduduk tempatan.

Protes besar-besaran tercetus dan tindakan keras terhadap penduduk yang mempunyai perbezaan pendapat terhadap rampasan kuasa yang menamatkan pemerintahan demokrasi negara Asia Tenggara itu dan menggulingkan pemimpin awam Aung San Suu Kyi

Media melaporkan, 10 orang ditahan kerana mengambil bahagian dalam protes tepuk tangan di Yangon.

Junta tentera mengarahkan semua kedai untuk terus dibuka namun jalan di sekitar Yangon mula dikosongkan pada pukul 10 pagi.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button