DuniaKesihatanSemasaSukan

Eriksen rebah di tengah padang

Alami serangan jantung

COPENHAGEN : Pemain tengah Denmark Christian Eriksen dikejarkan ke hospital setelah rebah ketika perlawanan kejohanan Euro 2020 di antara pasukannya dengan Finland pada Sabtu, (12 Jun) . Sejurus rebah, Eriksen segera diberikan bantuan pernafasan CPR oleh pasukan paramedik.

Pengadil perlawanan, Anthony Taylor segera menghentikan perlawanan tersebut dan memanggil pegawai perubatan masuk ke dalam padang sebelum CPR dilakukan dengan pantas.

Bagaimanapun Eriksen kini berada dalam keadaan stabil di hospital.  Pemain berusia 29 tahun itu tiba-tiba rebah di padang pada penghujung separuh babak masa pertama. Beliau menerima rawatan perubatan selama 13 minit.

Perlawanan itu segera ditangguhkan, bagaimanapun UEFA kemudian mengumumkan ia akan disambung berikutan permintaan para permain kedua-dua pasukan.

Pada perlawanan itu, Eriksen dilihat cemerlang bersama pasukan Denmark dan turut melakukan beberapa percubaan berbahaya ke gawang pasukan Findland.

Eriksen bermain untuk Spurs selama tujuh tahun sebelum berpindah ke kelab Inter Milan tahun lalu dan telah bermain untuk pasukan senior Denmark sejak tahun 2010.

Jurulatih Denmark Kasper Hjulmand, yang sugul selepas kejadian berlaku juga memutuskan untuk menangguhkan permainan atas apa yang terjadi.

“Malam ini satu malam yang sangat sukar. Kami diingatkan untuk menghargai apa yang paling penting dalam hidup kita – erti sebuah persahabatan, orang yang sangat rapat dengan kita, keluarga dan akan kita. Semuanya, semuanya demi Christian dan ahli keluarganya. ” – Jurulatih Denmark / Kasper Hjulmand

Pilu dan hiba yang dapat diungkapkan dalam riak wajah semua pemain pasukan Denmark selepas dikejutkan dengan kejadian menimpa Eriksen. Emosi dan tumpuan mereka bukan lagi untuk kemenangan tetapi demi seorang rakan. Ketika diberikan rawatan CPR mereka mengelilingi Eriksen dan pasukan paramedik seolah menjaga aib seorang sahabat, ada di antara mereka tidak mampu menahan emosi.

“Saya benar-benar faham bahawa kami tidak boleh bermain perlawanan bola sepak pada tahap ini, setelah menyaksikan salah seorang sahabat kami yang kini sedang berjuang untuk hidupnya,”

Penyerang Belgium,  Romelu Lukaku, rakan sepasukan Eriksen di kelab bola sepak Inter Milan di Itali, berlari ke kamera TV dan berteriak “Chris, Chris, I love you” setelah menjaringkan gol dalam pertandingan pembukaan pasukannya menentang Rusia.

Kesatuan Bola Sepak Denmark telah mengesahkan pemain bintang mereka ‘dalam keadaan sedar’ dan menunggu pemeriksaan lanjut di hospital.

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

Related Articles

Back to top button