DuniaSemasa

Pusat kuarantin pelarian Rohingya di Bangladesh terbakar

DHAKA : Pusat pengasingan pesakit Covid-19 di kem pelarian Rohingya, Bangladesh musnah dijilat api dalam satu insiden kebakaran pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

Bagaimanapun, menurut sumber rasmi tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku.

“Kebakaran berlaku kira-kira jam 7 malam waktu tempatan [1300 GMT] dan kami memadamkannya selepas dua jam bertungkus-lumus bersama pelarian Rohingya dan penduduk tempatan,” kata pegawai Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam, Ukhiya di Cox’s Bazar kepada Anadolu Agency.

Dilaporkan, kesemua 12 pelarian Rohingya yang berada di pusat kuarantin yang mempunyai 70 katil itu selamat dipindahkan ke lokasi lain.

Tambah Ukhiya, kejadian tersebut masih dalam siasatan pegawai bomba.

“Kami meramalkan bahawa kebakaran mungkin berpunca daripada litar pintas elektrik.” katanya.

Terdahulu, pada Mac, kebakaran besar berlaku di kem pelarian terbesar di dunia yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 anggota masyarakat dan memusnahkan lebih 10,000 pondok, termasuk sebuah hospital di lapangan Turki.

Sejak akhir 2017, kem-kem tersebut telah menempatkan kira-kira satu juta umat Islam Rohingya yang melarikan diri daripada penindasan negara jiran Myanmar.

 

Related Articles

Back to top button