KemanusiaanSyria

Sekolah MAPIM ke-39, bantu ubah masa depan anak pelarian Syria

Elak warisi buta huruf

PINGGIR IDLIB: Nama Malaysia terus dikenali di sempadan Turki-Syria, apabila tersergamnya sebuah sekolah untuk pendidikan anak-anak pelarian Syria.

Sekolah Wakaf MAPIM Malaysia ke-39 selamat dirasmikan pada Jumaat di pinggir Idlib.

Usaha ini sekaligus memperlihatkan komitmen Malaysia, menerusi pertubuhan bukan kerajaan dan aktivis tempatan dalam membantu kelangsungan kebajikan jutaan golongan kanak-kanak pelarian.

Sekaligus usaha ini mempererat hubungan kerjasama di antara Ankara dan Kuala Lumpur.

Mengambil keberkatan hari Jumaat yang mulia, satu impian yang menjadi kenyataan.

Apabila sekolah ini dirasmikan oleh Ketua Misi Kemanusiaan MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery.

“Alhamdulillah , sempena Jumaat mulia,  tim MAPIM Malaysia, merasmikan sekolah wakaf MAPIM yang ke-39 di Der Al Hassan di pinggir Idlib, yang didirikan  daripada sumbangan rakyat Malaysia dan kami dikejutkan dengan sambutan yang luar biasa’’

Bertempat di perkampungan pelarian Der El Hassan, perasmian dilakukan dengan acara memotong riben dan disempurnakan dengan penurunan tandatangan oleh kedua-dua dif kehormat, (Dr.) Sani dan juga Sheikh Ihsan Achik, Presiden Lembaga Amanah, agensi wakaf kerajaan Turki, TDV.

Menurut (Dr.) Sani, beliau tidak menyangka majlis itu diadakan sebegitu gemilang.

Walaupun beliau mengkoordinasi dari jauh, dan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa kemajuan projek, akhirnya sekolah ini memberi manfaat kepada jutaan anak-anak pelarian Syria.

Sementara itu, Presiden, Lembaga agensi wakaf Turki, TDV, Sheikh Ihsan Achik, kagum dengan usaha MAPIM Malaysia setelah kerjasama yang telah terjalin selama lapan tahun.

“Kami sangat gembira hari ini, kami melakukan projek yang sangat hebat bersama saudara-saudara kita dari MAPIM Malaysia, bagi membuka sekolah untuk saudara Syria kita, satu projek yang sangat luar biasa. Saya harap kita akan terus melakukan yang lebih baik dan sila ikuti perkembangan dan teruskan sokongan anda. Insyaallah” – Sheikh Ihsan Achik

Majlis turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi TDV, juga wakil daripada Kementerian Hal Ehwal Agama Turki.

Malah hatinya turut tersentuh dengan keterujaan kanak-kanak, kerana jelas terpancar keceriaan di wajah mereka yang selama ini mengimpikan sebuah sekolah untuk golongan mereka mendapat ilmu pengetahuan.

Melihat kepada kehadiran kanak-kanak ini beserta jalur gemilang tersergam indah pada bangunan sekolah, pastinya pewakaf rakyat Malaysia berbangga dengan terbinanya sekolah Ammar Bin Yassin.

“Sorakan anak-anak kecil dan pemuda-pemuda ini mencerminkan rasa riang mereka dengan wujudnya sekolah di tengah-tengah kem pelarian ini.”

Laungan takbir dan bacaan Bismillah juga bergema di petang Jumaat yang hening menandakan kesyukuran kepada penginfak Malaysia.

Di mana-mana di sekitar kawasan sekolah, Jalur Gemilang megah berkibar, menandakan satu lagi pembabitan Malaysia dalam komitmen bantuan kemanusiaan.

(Dr.) Sani juga berkata sekolah ini bukan sekolah terakhir yang dibina kerana sumbangan orang ramai juga masih diperlukan, bagi menyiapkan sekolah ke-40 yang akan menggabungkan dengan pusat latihan guru-guru di Azaaz, Syria.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang budiman yang menginfak dan mewakafkan harta untuk melaksanakan projek ini, dan dapat menyaksikan sendiri, kita sedang mengubah anak-anak pelarian Syria dengan memperkenalkan ilmu yang bermanfaat yang memberi kasih sayang dan dapat melahirkan orang-orang hebat daripada bendera MAPIM dan Malaysia ini.”

Mengikut statistik UNHCR seramai 2.5 juta kanak-kanak Syria menjadi pelarian dan lebih kurang 900,000 orang daripada mereka tidak mendapat pendidikan formal.

Sehubungan itu dengan usaha murni ini, serta kerjasama dengan kerajaan Turki, ia mempermudah momentum dalam usaha  menyediakan pendidikan untuk jutaan kanak-kanak pelarian.

Sekaligus mengelakkan mereka menjadi generasi buta huruf.

Kerjasama termeterai di antara MAPIM Malaysia dan TDV itu,  selaras dengan peranan Turki yang menjadi Negara Anggota Protokol 1967 dan Konvensyen Pelarian 1951.

Malah Turki menjadi tuan rumah kepada 3.6 juta pelarian Syria, yang dilakukannya atas dasar kemanusiaan, seperti disebut Presiden Tayep Reccip Erdogan.

*INFAQ ANDA
KAMI SAMPAIKAN SENDIRI KEPADA SAUDARA SYRIA DISINI!

Tim RescueSyria MAPIM Malaysia kini sudah berada di Syria dan sempadan Turki keluar masuk menguruskan amanah dan bantuan secara terus untuk tempoh 3 bulan.

Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_________________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

 

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button