DuniaKemanusiaanSyria

TDV yakini kerjasama dengan MAPIM Malaysia

Utamakan pendidikan anak pelarian

PINGGIR IDLIB : Hubungan selama lapan tahun di antara agensi wakaf kerajaan Turki, Tukiye Diyanet Vakfi, TDV dan MAPIM Malaysia terus diperkukuh.

Pelancaran sekolah MAPIM Malaysia pada Jumaat juga menjadi satu simbol permuafakatan yang telah terjalan sekian lama.

TDV dalam ciapan terbaru twitternya juga mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk terus memberi pendidikan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa peperangan, walau berdepan apa saja halangan.

Lebih-lebih lagi kepada jutaan kanak-kanak pelarian Syria yang terkesan, yang menumpang di sempadan Turki-Syria.

Hantaran twitter itu turut menyatakan mengenai perasmian gemilang Sekolah Rendah Ammar bin Yasir yang dibina bersama-sama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.

Katanya kewujudan sistem pendidikan rendah itu bakal memberikan pendidikan dan ilmu pengetahun demi untuk mengubah masa depan 1,100 orang kanak-kanak Syria.

Selain di Twitter, laporan perasmian itu juga dimuatkan ke dalam hampir seluruh media sosial dimiliki oleh TDV.

Sementara itu, Presiden Lembaga Amanah agensi wakaf Turki, ketika ditemui media MAPIM Malaysia di pinggir Idlib, berbesar hati dengan kerjasama pembinaan sekolah yang kini telah pun  menjadi satu kenyataan.

Perasmian sekolah ini katanya adalah satu yang luar biasa dan diharap akan menambah baik perkembangannya demi manfaat yang berpanjangan kepada kanak-kanak pelarian.

Turut hadir pada majlis bersejarah berkenaan ialah Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery dan juga Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Mejar Zul Hanis Zainol.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran Pengurusan Tertinggi Yayasan Wakaf Turki, serta wakil daripada Kementerian Hal Ehwal Agama kerajaan Turki.

*INFAQ ANDA
KAMI SAMPAIKAN SENDIRI KEPADA SAUDARA SYRIA DISINI!

Tim RescueSyria MAPIM Malaysia kini sudah berada di Syria dan sempadan Turki keluar masuk menguruskan amanah dan bantuan secara terus untuk tempoh 3 bulan.

Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_________________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button