DuniaKemanusiaanPalestin

PBB Harap gencatan senjata berpanjangan, henti keganasan

Gesa dunia sokong majukan Palestin

WASHINGTON: Keputusan gencatan senjata oleh Israel dan Gaza disambut baik Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres dan mendesak semua pihak akur dengan keputusan itu, lapor Agensi Anadolu.

Gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 2 pagi Jumaat (21 Mei)  (7:00 pagi waktu Malaysia) mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak setelah 11 hari Israel mengganas dan bertindak mengepung rakyat Palestin di sekitar Semenanjung Gaza.

Mesir bertindak sebagai perantara.

Dalam satu kenyataan media, Guterres menyeru seluruh dunia bekerjasama dengan PBB bagi ‘membangunkan pakej sokongan bersepadu untuk pemulihan dan pembangunan segera dan berterusan serta menyokong rakyat Palestin dan memperkukuh institusi mereka’.

“Pemimpin Israel dan Palestin mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan keadaan secara aman dan memulakan dialog yang serius bagi mengatasi punca konflik,” – António Guterres/  Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Tambah Guterres, PBB akan bekerjasama dengan Israel dan Palestin, rakan kongsi antarabangsa dan serantau, termasuk melalui Kuartet Asia Barat, untuk kembali ke meja rundingan bagi mengakhiri pendudukan dan kemungkinan untuk mewujudkan penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan sebelum 1967, resolusi PBB, undang-undang antarabangsa dan perjanjian bersama.

Kuartet Asia Barat terdiri PBB, AS, Kesatuan Eropah dan Russia.

Sementara itu, pihak Britain juga menyambut baik keputusan gencatan senjata ini.

“Mengalu-alukan gencatan senjata di Israel dan Gaza,”- tulisan Setiausaha Luar Dominic Raab di Twitter.

Tambah Raab, semua pihak harus mematuhi dan memastikan gencatan senjata itu berpanjangan supaya segala keganasan dapat bertemu titik noktah serta mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban.”

Raab juga meyakinkan dunia bahawa UK sentiasa menyokong usaha untuk berdamai. – BERNAMA

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

____________________________

MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button