Covid19KerohanianSemasa

Pahang alunkan Qunut Nazilah setiap solat Jumaat

Doa tolak wabak COVID-19

KUANTAN: Bermula Jumaat (21Mei)  semua masjid di sekitar negeri Pahang diminta untuk membaca Qunut Nazilah pada setiap solat Jumaat secara konsisten, memohon agar Allah SWT melindungi rakyat dan mengangkat wabak yang semakin menular ini.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Dr Zulkifle Ali, pelaksanaan bacaan Qunut Nazilah ini telah mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pemangku Raja Pahang juga menitahkan supaya semua masjid dan surau di Pahang melaksanakan solat sunat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan zikir, serta doa selepas solat maghrib setiap malam Jumaat,”  – Datuk Dr Zulkifle Ali/ Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

-BERNAMA

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media – Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button