Dunia

Sekatan perjalanan AS terhadap negara majoriti Islam ditamatkan

Sejurus Biden angkat sumpah

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, semalam menamatkan sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas beberapa negara majoriti penduduknya Islam.

Pentadbiran baharu AS menyifatkan tindakan itu, yang dikenakan oleh Presiden AS sebelum ini, Donald Trump, sebagai ‘diskriminasi’.

Biden menandatangani perintah eksekutif itu di Pejabat Oval selepas mengangkat sumpah sebagai presiden ke-46 negara itu, lapor Agensi Anadolu.

Dalam perisytiharan itu, beliau berkata AS ‘dibangun di atas landasan kebebasan beragama dan toleransi, suatu prinsip yang termaktub’ dalam perlembagaan negara.

Ia ditakrifkan sebagai sebagai cubaan menyusup masuk ‘pengganas’ atau ‘ancaman keselamatan awam’, sebagai langkah menghalang individu memasuki AS dari negara Islam.

“Keselamatan nasional kita akan ditingkatkan dengan membatalkan Perintah Eksekutif dan Proklamasi itu,” kata Biden, yang turut mengarahkan semua kedutaan dan konsulat AS meneruskan proses permohonan visa berdasarkan langkah itu.

Jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki, dalam satu taklimat media, berkata sekatan terbabit ‘berakar umbi daripada perasaan benci pada agama, dan xenofobia (benci dan takut pada orang asing).

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) menyambut baik tindakan itu dan menyifatkan sebagai langkah pertama yang penting untuk menghentikan dasar anti-Islam dan anti-imigran oleh pentadbiran sebelum ini.

“Ia menepati janji kempen kepada masyarakat Islam dan sekutunya,” kata ketua pertubuhan itu, Nihad Awad. – BERNAMA

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button