KemanusiaanSyria

Ribuan roti untuk pelarian rosak dalam letupan bom kereta

1 maut, 6 cedera berdekatan gudang dan pejabat MAPIM di Azaz

AZAZ :  Ribuan roti yang sudah siap dibungkus hangus dalam kejadian letupan kereta, sekaligus membantutkan penantian ribuan pelarian dalam negara di khemah pelarian Sicco di Syria.

Kejadian letupan kereta pada 17Jan itu turut mengorbankan satu nyawa, manakala enam orang lagi orang awam cedera.

Menurut wakil media Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM di Azaaz- Syria, Hassan Alito, kejadian pada Isnin itu, dipercayai membabitkan letupan bom buatan sendiri.

Berita itu turut dikongsikan Hassan kepada Ketua Media Misi MAPIM Malaysia, Zulfadhli Khiruddin, yang baru saja pulang dari misi kemanusiaan Syria MAPIM ke-15 sejak dua minggu lalu.

Sayu hati melihat ratusan keping roti yang hangus kerana sudah tentu roti -roti itu dinantikan oleh ribuan pelarian di khemah berkenaan.

Malah lebih memilukan menurut Zulfadhli di kawasan itulah rakan sepasukan yang diketuai oleh Ketua Misi Kecemasan Syria, (Dr.) Sani Araby Al Kahery sentiasa mundar-mandir dan berulang alik dalam misi pengagihan makanan di khemah pelarian Syria sekitar Azaz.

Lantai berkolamkan darah juga membasahi kawasan pasar awam yang letaknya sangat berdekatan dan bertentangan dengan pejabat dan gudang MAPIM Malaysia TDV sebagai pusat utama untuk persiapan makanan kepada pelarian.

Bagaimanapun MAPIM bersyukur, tiada keadaan seumpamanya ketika misi dilaksanakan mereka di Azaz, pinggir Idlib dan Turki selama lebih dua bulan.

Menurut dailysabah.com, mereka yang cedera terus dikejarkan ke pusat kesihatan terdekat.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab setakat ini, namun kawasan ini dikenal pasti dikuasai puak pemisah.

Perkhemahan Sicco adalah salah satu khemah pelarian tanpa negara Syria yang melarikan diri daripada kerakusan rejim Bashar al Assad.

MAPIM mempunyai gudang dan kilang roti di sempadan Turki-Syria dan membekalkan makanan berupa sup dan roti setiap hari kepada lebih 15,000 pelarian Syria sejak lebih dua tahun lalu.

Selain ancaman serangan udara, yang saban hari mencegkam derita pelarian Syria, mereka juga kini diancam banjir dan cuaca sejuk melampau.

Teruskan menginfaq untuk mereka, sumbangan sekecil kita, mampu membuatkan mereka tidur tanpa lapar dahaga, walau sekeping roti cuma.

MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM

2 CARA MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)

1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button