Semasa

“Saya sudah 22 bulan tidak berkerja”

MAPIM Malaysia dan MAMU Care dengar keluhan warga Cheras

CHERAS : ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’ apabila menyaksikan kehidupan Muhamad Zahari Tan Abdullah yang lebih sedekad menyara anaknya seorang diri selepas ditinggalkan si isteri beberapa tahun yang lalu.

Pada tahun 1985, laungan azan telah menjentik hati Zahari Tan untuk mengenali Islam dengan lebih dalam. Hari demi hari, Zahari Tan mendalami tentang Islam sehingga membuatkan dirinya nekad melafazkan dua kalimah syahadah.

Sebagai hamba yang taat, Allah akan menguji hamba-Nya. Namun, Allah SWT tidak akan menguji seseorang itu lebih dari kemampuannya.

Ketika musim pandemik Covid-19 ini, Zahari Tan diuji dengan kehilangan kerja.

Beliau yang dahulunya bertugas sebagai pengawal keselamatan, terpaksa dibuang kerja ekoran keadaan ekonomi.

Hanya berbekalkan duit simpanan, Zahari menampung anaknya yang kini berusia 16 tahun. Itu sahajalah wang yang ada bagi melangsungkan kehidupan di hari yang mendatang.

Saya sudah 22 bulan tidak ada kerja, nak bayar rumah sewa pun terpaksa minta-minta dekat orang lain. Anak saya baru umur 16 tahun, nak pergi sekolah pun susah. Banyak pakai wang.

Kedatangan MAPIM Malaysia dengan kerjasama MAMU Care semalam, memberi kelegaan kepada Zahari dengan kotak bantuan yang dibawa dapat meringankan beban keluarga kecilnya.

“Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana di beri masyarakat yang sangat prihatin. Hari ini saya sangat gembira sebab masjid bagi bantuan untuk keluarga saya,” katanya.

Oleh A.Azfar

 


AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button