DuniaSemasa

Palestin hargai solidariti Pakistan tegakkan hak kebebasan

ISLAMABAD: Palestin zahir ucapan terima kasih kepada Pakistan atas sokongan padu dalam memperjuangkan  hak rakyat Palestin untuk menegakkan kebebasan dan keamanan penduduk di negara itu.

Dalam satu kenyataan sempena Hari Perpaduan Antarabangsa bersama rakyat  Palestin hari ini, wakil kedutaan Palestin di Islamabad, Ahmed Ameen Rabei, menghargai keputusan Pakistan untuk mengukuhkan tali persaudaraan antara dua negara itu dan bersetuju untuk menyokong mereka untuk mendapatkan kembali hak yang dirampas rejim  Zionis.

Rata-rata rakyat Palestin bersyukur atas sokongan dan simpati yang diberikan dan  menghargai solidariti kerajaan serta rakyat Pakistan.

Pada 29 November setiap tahun,  Hari Perpaduan Antarabangsa bersama rakyat Palestin diraikan seperti yang termaktub dalam pengisytiharan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1977.

Objektif utama peristiwa itu disambut adalah untuk menunjukkan solidariti antarabangsa bersama rakyat Palestin dalam memperjuangkan  hak kebebasan mereka yang tertindas dan dirampas Israel.

Selain itu, matlamat utama Hari Perpaduan ini disambut adalah untuk menubuhkan negara merdeka di bumi Palestin dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menyeru masyarakat antarabangsa untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada  rakyat Palestin demi masa depan mereka.

“Rakyat Palestin kini kekal berdepan dengan cabaran serta ancaman terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa.

“Bersempena dengan #PalestineDay ini , ayuh kita sama-sama memberi komitmen dan sokongan sepenuhnya kepada  Palestin dalam usaha mereka mencapai hak dan membina masa depan yang lebih cerah.” katanya.

Oleh Nurshazlin Shahrom


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button