Semasa

Satu kebetulan? Letupan menyamai Hiroshima sehari sebelum ulang tahun ke-75

Desak dunia bersatu tentang ancaman buatan manusia & ancaman alam

Ketika letupan menggegar bandar Beirut pada petang Selasa lalu, ramai menyatakan persamaannya dengan ledakan `Little Boy’ yang memusnahkan Hiroshima. Kejadian berlaku sehari sebelum Hiroshima menyambut ulang tahun ke-75 keperitan pengeboman nuklear, yang mengorbankan sekitar 140,000 orang sehingga akhir tahun 1945.

Upacara tahunan di Peace Memorial Park itu, pada Khamis menjadi ingatan kepada seluruh dunia kesan ancaman buatan manusia.

Pada majlis itu, Datuk Bandar Hiroshima, Kazumi Matsui mendesak dunia untuk bersatu menentang ancaman terhadap manusia termasuk yang berasal daripada senjata nuklear, lapor agensi berita Xinhua.

Kazumi berkata negara-negara harus “mengetepikan perbezaan mereka dan bersatu untuk mengatasi ancaman buatan manusia dan cabaran alam.”

Upacara peringatan kali ini dikurangkan kerana penularan COVID-19 di Jepun dan keperluan untuk mengekalkan jarak sosial.

Hiroshima: Atomic Blast That Changed The World Turns 75 : NPR

Suasana hening seketika apabila semua yang hadir termasuk Perdana Menteri Shinzo Abe bertafakur pada 8.15 pagi waktu tempatan, iaitu waktu bom atom yang mengandungi uranium “Little Boy” dijatuhkan oleh pengebom AS meletup di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 .

Walaupun Jepun tidak menandatangani Perjanjian Larangan Senjata Nuklear, Abe dalam ucapannya, berkata negara-negara tidak boleh membiarkan perbezaan pendirian mengenai senjata nuklear semakin meluas.

“Setiap negara harus meningkatkan usaha untuk menghilangkan rasa tidak percaya melalui penglibatan dan dialog bersama di tengah-tengah persekitaran keselamatan yang teruk dan memperluas perbezaan antara kedudukan negara-negara mengenai perlucutan senjata nuklear,” kata Abe.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan, jumlah mangsa yang terselamat daripada dua pengeboman atom termasuk Nagasaki yang dikenali sebagai hibakusha dengan purata usia 83.31 tahun, menurun sebanyak 9,200 dari tahun sebelumnya kepada 136,682 orang.

Sementara Jepun memperingati tragedi yang dialaminya pada akhir Perang Dunia II, sejarawan dan pemikir politik masyarakat antarabangsa telah mendorong Jepun untuk melihat diri mereka bukan hanya sebagai mangsa pengeboman atom tetapi juga sebagai pelaku yang menyebabkan tragedi itu berlaku sejak mula lagi.

75 Years of Atomic Bombing In Hiroshima

Jepun menjajah banyak kawasan di Asia sebelum dan semasa Perang Dunia II dengan kejam, menyebabkan penderitaan dan kematian yang tidak terkira kepada ratusan ribu mangsa yang tidak bersalah. –  BERNAMA

*Sertai Channel rasmi telegram MAPIM bagi megetahui perkembangan terkini, isu semasa dan kerja peduli ummah dalam dan luar negara di  https://t.me/MapimMalaysia

MAPIM melancarkan tabung kilat bagi bantuan kecemasan untuk mangsa letupan di Beirut, Lubnan. Klik https://toyyibpay.com/Beirut-Emergency-Relief-Fund bagi menyatakan keprihatinan anda atau deposit ke TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM Nombor Akaun Maybank 5622-6354-0066.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button