DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Bawah umur pun ditembak mati Israel, apa lagi yang boleh dijangkakan dengan sifat jijik Israel

Remaja ke-8 ditembak mati untuk tempoh semasa tahun ini

Seorang remaja Palestin umur 15 tahun mati ditembak oleh tentera rejim Israel dalam satu kejadian di Kampung Beita, selatan Nablus di Tebing Barat sedang dijajah Israel, pada 11 Jun 2020.

Agensi berita Palestin WAFA melaporkan, Mohamamd Saeed Hamayel ketika kejadian sedang bersama penduduk Palestin lain menyertai satu demonstrasi membantah penempatan haram Yahudi berhampiran kampung itu.

Hamayel adalah kanak-kanak kelapan yang ditembak mati Israel tahun ini dan ketiga untuk daerah Beita. Ketegangan memuncak di kawasan berkenaan dalam kebelakangan bulan ini kerana cubaan rampasan perkampungan Bukit Sabih di Tebing Barat oleh Israel.

Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRC), askar pengganas Zionis kemudiannya melepaskan tembakan ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang mengakibatkan kematian Saeed dan mencederakan beberapa yang lain.

Penunjuk perasaan lain turut mengalami sesak nafas setelah askar pengganas melempar gas pemedih mata ke arah mereka.

Saeed merupakan penduduk ketiga dari Kampung Beita terbunuh akibat ditembak tentera pengganas Israel dalam tempoh kurang sebulan.

Tindakan peneroka haram Yahudi itu sekali gus mengancam kehidupan 17 keluarga Palestin yang bergantung hidup kepada tanaman pokok zaitun di kawasan berkenaan sejak beberapa generasi lalu.

Penduduk kampung Palestin di Tebing Barat kerap mengadakan tunjuk perasaan pada setiap Jumaat membantah tindakan Israel merampas tanah, memusnahkan kediaman dan penempatan haram dianggap bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Askar pengganas Israel bagaimanapun kerap bertindak balas secara kejam terhadap kumpulan penunjuk perasaan Palestin.

Kira-kira 475,000 peneroka haram Yahudi tinggal di Tebing Barat yang dijajah Israel, tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa. – Utusan.

Oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

________________________________________________________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button