DuniaSemasa

Sambutan Maulidur Rasul di Baitulmaqdis dicemari serangan rejim Israel

BAITULMAQDIS : Sekurang-kurangnya 49 warga Palestin telah ditahan manakala 11 yang lain dicederakan oleh tentera Israel dalam perhimpunan secara aman bagi menyambut sambutan Maulidur Rasul.

Peguam Naser Oudeh mengatakan bahawa di antara mereka yang ditangkap termasuklah 15 kanak-kanak berusia antara 13 hingga 15 tahun.

Sumber tempatan memaklumkan bahawa rejim Israel telah menyerang orang awam di perkarangan Bab Al Amoud di Baitulmaqdis yang dicerobohi dengan melemparkan air busuk ke arah mereka.

Mereka juga melakukan serangan di kawasan Al Misrarah dan Jalan Sultan Suleiman di ibu kota Palestin yang dijajah.

Dalam konteks yang sama, Bulan Sabit Merah mengatakan bahawa lima kakitangan mereka turut tercedera terkena bom serta dipukul manakala dua dibawa ke hospital.

Ratusan rakyat Palestin telah mula berarak awal pagi menuju ke masjid Al Aqsa bagi meraikan ulang tahun Nabi Muhammad (SAW).

Namun, zionis Israel mengerahkan anggotanya ke kawasan tersebut bagi mencetuskan huru-hara.

-Quds News Network

Oleh Hafeez Anuar

_____________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button